Ada Orang Kahwin, Aku Bila Lagi?

Hari ini hari Ahad, hari yang amat indah bagi semua orang. Hari yang amat ceria bagi semua orang. Hari yang amat berseri-seri bagi semua orang. Hari yang amat dinantikan bagi semua orang. Macam biasa, pada hari Ahad ini, aku sibuk. Aku mengikuti rombongan ke Batu Pahat dengan menaiki motosikal MBN 7845 ke rumah Halim kerana kakak beliau akan diikat simpul mati dengan seorang lelaki pilihannya (kahwin). Dengar cerita perkahwinan ini agak unik kerana ia mengikut tradisi Jawa. Tapi makanannya tetap sama dengan kebanyakkan negeri lain iaitu ada nasi yang berwarna-warni, lauknya ada daging masak apa tah, ayam masak merah, ada sayur manis-manis tu dengan air asam boi (ye kot) yang berwarna oren tu..hehe.


Piee sedang mengepam tayar MAWi

Perjalanan diketuai oleh senior piji iaitu pendang kerana beliau mengetahui selok belok jalan di Johor walaupun beliau menetap di Kedah. Bertolak pada lebih kurang 10.33 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana ikut jalan dalam, tak lalu highway plus..hehe. Walaupun ianya hari Ahad, jalan-jalan di Johor teramat sibuk sehingga beberapa orang yang mengikuti rombongan ini sesat jalan termasuk aku..haha. Kesimpulan yang boleh aku buat, rombongan ini ibarat membakar diri a.k.a sunburn kerana aku tidak memakai PPE (Personal Protective Equipment) dan menyebabkan kulit aku menjadi merah macam ayam yang baru lepas dipanggang.


Masuk ke sempadan negeri Johor Darul Takzim.

Signboard di atas itu menandakan aku sudah keluar dari negeri Melaka. Dan aku mencipta rekod untuk diri aku iaitu tempat paling jauh pernah aku pergi dengan menaiki motosikal. Aku tidak tahu mengapakah mereka lepak di tepi jalan itu. Betul-betul di tepi signboard sempadan itu..haha. Namun begitu, jauh lagi perjalanan iaitu mengambil masa lebih kurang sejam selepas melalui sempadan ini.


Suasana apabila kekenyangan.


Skuad kompang sedang mengompang.


Pasangan dalam pink.

Hari-hari yang amat sibuk bagi aku. Semalam aku pergi kursus CIDB, hari ini pergi menjelajah ke rumah kawan. Esok pula, aku akan pergi merantau lebih jauh iaitu ke UTM Skudai kerana mengikuti lawatan Kelab Penyayang UTeM. Aku memang tidak bercuti di kala orang bercuti..hehe
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

waaa..abg nas kawen tema pink kew...
aaduhaii..frankly cam pelik tp tapela
kinda cute..lighter pink better kottzz..haha
yg pnting wajib jemput aku taw..

Balas
avatar

♥♥me ~ cik sara > ui kntoi lak..haha msti la ak ajk sesiapa yg ak knal ak jmput la..mkn la nasi minyak puas2..haha

Balas
avatar

ko bila lagi? .. sabarla *****gggg (ikut nada iklan lisdawati)

ps: minta izin copy artikel "types of women".. nanti aku refer ke blog ko (blog tu nak komen kena login)

Balas