Suasana Hari Ini

Hari ini aku akan menceritakan bagaimana suasana meriah di dalam kelas semasa ketiadaan pensyarah yang masuk lambat. Suasana memang meriah walaupun air-cond yang tidak dapat dihidupkan gara-gara TNB memotong bekalan kuasa ke UTeM (jangan percaya) dan menyebabkan para pelajar di dalam bilik kuliah berasa amat hot sekali. Dan disebabkan kepanasan itulah mereka berasa riang dan gembira. Ya, kita sepatutnya berasa gembira walaupun "cinta ini membunuhku" (bukan aku) atau "Aku dikutuk habis-habisan oleh wee^^ ko". Sesungguhnya perasaan gembira itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya gambar sahaja yang boleh aku tunjuk.


Ayie yang sedang gembira namun dihalang oleh jari syukor.

Ayie sedang gembira kerana pada hari ini dia telah mendapat sebiji motor free yang diberi oleh pihak KTM Berhad. Jangan risau, ada gambar dia bersama motornya di bawah. Di belakang ayie itu adalah Wei Chen iaitu along dalam kelas aku. Tapi dia ini merupakan along yang jenis baik iaitu tidak suka memberi pinjam duitnya kepada orang. Harap-harap Wei Chen tidak tahu aku ada blog.

Suasana riang pada hari ini disambung pada sebelah petangnya iaitu ketika membawa ayie kyubi mengambil motor free di kedai KTM Berhad di Cheng. Menurut piee, Cheng berasal daripada perkataan kucing. Oleh kerana mereka di Cheng tidak tahu menyebut huruf K jadi tinggallah Cheng. Abaikan. Mari tengok gambar piee.


Shafiee sedang posing depan pakgad.

Ketika ini, aku dan mereka sedang menunggu ayie kyubi kerana dia pergi ke pejabat keselamatan untuk membuat sticker motornya. Sebelum ini, dia hanya menumpang piji tetapi selepas ini dia bergaya dengan motor DAJ nya. Mari kita lihat ayie dengan motornya.

Sebelum....


"Oo xpe piji, tunggulah aku dapat motor..siap ko aku jadi mat rempit"

Selepas.....


"Eh aku ada depan nasri lah. Eh bestnyee aku dapat potong nasri"

Padahal ayie tidak tahu aku sedang mengambil gambarnya dengan motor free itu. Selepas mengambil gambarnya, aku pun memecut laju sehingga ke lampu isyarat yang berwarna kuning pada ketika itu. Sekian terima kasih.
Previous
Next Post »
2 Komen