Skype dan Yahoo Messenger

Mesti semua orang telah mengetahui apakah itu Skype dan Yahoo Messenger. Ya, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu kita boleh berchatting dengan kawan-kawan menerusi Internet dengan percuma tanpa perlu bayar apa-apa. Ia amat sesuai bagi mereka yang selalu menghantar sms kepada kawan-kawan hanya kerana ingin berborak-borak. Dengan adanya perisian seperti ini, tidak perlu lagi untuk menopup tiap-tiap hari. Sebenarnya ada banyak lagi perisian yang membolehkan kita berchatting dengan sesiapa sahaja. Ia termasuklah :
  1. Google Talk
  2. - produk Google

  3. AOL Instant Messenger
  4. - sekarang dipanggil AOL AIM Triton

  5. Windows Live Messenger
  6. - produk dari Microsoft

  7. mIRC
  8. - IRC untuk Windows. IRC singkatan kepada Internet Relay Chat

  9. eBuddy
  10. - Chat menggunakan apa-apa browser dan boleh menggunakan akaun chatting yang lain untuk berchatting

  11. ICQ
  12. - ICQ merupakan singkatan kepada "I Seek You"

Kenapa tajuk aku Skype dan Yahoo Messenger sahaja? haha..
Sebab di dalam laptop aku, aku hanya menginstall Skype dan Yahoo Messenger sahaja. Kalau dulu aku hanya guna Yahoo Messenger sahaja kerana aku tidak mahu berselirat dengan banyak sangat software yang mempunyai fungsi yang sama. Aku mula dikenalkan dengan Skype oleh buah hatiku kerana dia memberitahu aku bahawa Internet di USM tidak membenarkan menggunakan webcam dengan Yahoo Messenger. Jadi aku berubah kepada Skype supaya aku dapat tengok dia tiap-tiap hari..hehe. Aku tetap menggunakan Yahoo Messenger kerana di Yahoo Messenger ramai kawan yang aku add berbanding dengan Skype. Walaupun begitu, ID yang aku guna tetap sama iaitu stress_043 untuk Skype dan stress_043 untuk Yahoo Messenger..hehe.

Ok ke tidak guna Skype?
Bagi aku, kelebihan terletak pada Skype kerana :
  • File transfer yang laju. Terbukti apabila aku menghantar fail kepada si dia yang hanya menggunakan wireless Internet USM yang memang diakui slow..haha
  • Webcam yang laju juga. Terbukti sekali lagi apabila aku mewebcam dengan si dia. Memang tidak slow dan tidak lagging.
Kekurangan yang paling ketara ialah walaupun invisible, tetap dapat detect dengan senang sekali tanpa perlu hacking. Hanya dail contact yang invisible itu dan jika ia berbunyi ring maka contact itu invisible.

About Skype

Bagaimana pula dengan Yahoo Messenger?
Aku sudah lebih 5 tahun menggunakan Yahoo Messenger dan aku rasa ok la sebab tak kompleks sangat. Maksud aku menu-menu dalam YM tidaklah begitu kompleks berbanding dengan Skype. Dan memang senang untuk digunakan. Ciri-ciri yang paling utama YM yang tiada pada Skype ialah chatting room. Di YM, memang ada chatting room dan aku beritahu kalian semua bahawa CHATTING ROOM DI DALAM YM ADALAH TIDAK SELAMAT. Kenapa? Sebab di dalam chatting room akan terdapat seorang atau 2 orang atau semua orang bertindak sebagai booters. Jika kalian rasa kalian suka mengusik orang atau mengutuk orang, hati-hatilah kerana pasti anda akan diboot..hehe. Aku tahu bagaimana hendak boot tetapi diam-diam sahaja. Aku pun pernah juga kena boot. Selepas kejadian itu, aku malas lagi nak masuk ke chatting room.

About Yahoo Messenger

Untuk Skype, aku belum jumpa lagi software yang boleh boot orang. Terasa juga nak cuba..hehe. Ok itu sahaja entry pada kali ini. Aku sediakan link untuk download Yahoo Messenger full. Sekian terima kasih.

Download Yahoo! Messenger from FileHippo.com
Previous
Next Post »
4 Komen
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > boot tu nk hack org..hehe xsme la conference ngn chat room..chat room tmpt sume org di mana2 msuk n chat..conference kita add sndiri org tu

Balas
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by the author. - Hapus