Resepi Lelaki : Kueh Teow Kuah

Apabila melihatkan tajuknya, aku berfikir sejenak. Adakah masakan yang dibuat oleh kaum lelaki berlainan dengan masakan yang dibuat oleh kaum perempuan? Mungkin masakannya sama tetapi cara pembuatannya berlainan. Lelaki hanya berfikir mahu menyiapkan masakannya dalam masa yang singkat kerana tidak sabar hendak makan apa yang dimasaknya. Manakala perempuan pula lebih kepada menyediakan masakan dengan lebih teratur dan menggunakan moto "Biar lambat asal selamat"..haha. Tetapi, apa yang pasti, tidak kira lelaki atau perempuan pasti ingin masakannya rasa sedap kerana itulah yang membuatkan mereka terasa hendak makan makanan yang telah dimasaknya.

Semalam aku telah memasak sesuatu yang baru lagi. Kueh Teow masak kuah yang memang aku tak pernah masak lagi. Tetapi, dengan bantuan dari chef abah..hehe, aku mampu menyediakan makanan itu tanpa was-was. Jika dilihatkan dari namanya, nampak menarik dan pasti membuatkan ramai orang kecur tetapi bacalah entry ini sehingga di akhir perenggan dan kamu semua akan tahu kenapa aku meletak tajuk di atas resepi lelaki..haha.

Selepas kejadian memasak kueh teow kuah

Ok, tanpa membuang masa, mari kita lihat kepada bahan-bahannya :
  1. Kueh teow sebungkus
  2. Taugeh 50 sen
  3. Tauhu goreng 3 keping ke biji eh
  4. 3 biji bawang putih
  5. Lada yang telah dikisar
  6. Sup ayam 1 mangkuk kecil
  7. Air paip 1 cawan besar
  8. Roti keras
  9. Minyak masak
Langkah-langkah penyediaan:
  1. Kueh teow yang baru dibeli hendaklah dibasuh dengan air dan selawat sekali. Ini adalah untuk mengelakkan kita dari makan bendasing yang mungkin terdapat di dalam kueh teow seperti u**t atau bahan yang boleh membuatkan tekak kita berasa loya.
  2. Taugeh yang berharga 50 sen itu pula hendaklah dibuang kulitnya (ala yang hitam-hitam tu..haha) dan dibasuh dengan air serta selawat. Anda tahu kan bila anda membeli taugeh, taugeh itu akan dipegang oleh mamak atau penjual Cina yang kita tidak tahu apa yang telah dipegangnya..hehe
  3. Tauhu goreng pula hendaklah dipotong. Tidak kisah sama ada mahu memotong secara bentuk kiub atau bentuk memanjang. Janji ia boleh dimakan. Basuh juga tauhu yang telah dipotong untuk mengelakkan kita dari makan benda yang boleh meloyakan tekak..hehe
  4. 3 biji bawang putih pula hendaklah dicincang lumat macam dibelasah orang oleh lesung batu. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam bawang putih yang dicincang itu.
  5. Roti keras hendaklah dikisar dengan mesin sehingga menjadi serbuk.
Langkah-langkah memasak :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang itu. Dalam 2-3 minit, anda dapat menghidu satu aroma yang menarik perhatian semua orang lalu datang dengan muka kesiannya menunggu masakan anda siap.
  2. Selepas itu, masukkan lada yang telah dikisar dengan rapi ke dalam kuali. Pastikan ada asap-asap yang keluar dari lada yang telah dimasukkan ke dalam kuali. Itu bermakna lada itu telah siap ditumis sehingga garing (bak kata chef abah..hehe)
  3. Masukkan tauhu goreng ke dalam kuali yang berisi lada yang telah garing dan gaulkannya bersama lada. Aku jamin tauhu itu akan hancur lumat kerana terlalu asyik menggaulnya..haha
  4. Apabila tauhu sudah sebati dengan lada, masukkan sup ayam. Ini akan membuatkan kuah itu menjadi lebih sodap yang lebih 'ummmpphh'
  5. Masukkan air paip sebanyak 1 cawan besar ke dalam kuali untuk menambahkan jumlah kuah yang ada di dalam kuali itu. Serta masukkan roti kering yang telah dikisar sehingga menjadi serbuk sahaja ke dalam kuali. Ini akan menambahkan kepekatan kuah yang menjadikan ia lebih 'aaauuuwwww'
  6. Sekarang, anda akan melihat kuah anda telah banyak sangat sehingga boleh tumpah..haha. Tunggu dahulu sehingga kuah anda mendidih.
  7. Apabila sudah mendidih, masukkan kueh teow dengan ikhlasnya ke dalam kuali. Pastikan muka anda sentiasa manis ketika memasukkan kueh teow itu. Gaul bersama kuah tadi sehingga sebati jiwa dan raga.
  8. Dengan lemah lembut, gaulkan kueh teow itu. Abaikan orang lain jika mereka mengutuk anda seorang yang lemah lembut kerana sifat inilah yang diperlukan untuk menjadi seorang tukang masak professional.
  9. Dengan menggunakan tangan kanan, masukkan taugeh 50 sen ke dalam kueh teow itu. Sekali lagi, dengan lemah lembut seperti dipukul ombak bayu yang menghempas mukaku dengan lemah lembut, gaulkan bersama kueh teow itu.
  10. Tunggu dalam 5 minit dan tutupkan api. Api boleh membahayakan nyawa anda, jadi cegahlah.
  11. Dengan muka kecurnya, hidangkan ke dalam pinggan dan bolehlah memakannya. Aku tidak bertanggungjawab sekiranya mulut anda terbakar kerana makan kueh teow yang sedang panas sangat macam berada di gurun.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

nampak macam sedap..tetibe lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Balas
avatar

helena's > uish..ni mmg lapa thp maksimum ni..hehe

Balas
avatar

Amik ni...
>Perkaitan makanan tradisional India dgn perayaannya.
--->Jenis makanan yg terlibat dlm perayaan.
--->Mengapa makanan tersebut dibuat semasa perayaan tersebut?
--->Simbolik makanan tersebut dengan perayaan itu sndiri.

Balas
avatar

ko wt sume..
ak pn wt sume..
pstu compare..
spe pling bnyk dia mnang..hahaha

Balas