Pos Kali ke 100

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama kali bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka dengan tubuh yang masih mampu bergerak di atas muka Bumi ini, dengan jari jemari yang mampu menaip huruf-huruf dengan lancar tanpa sebarang masalah, maka aku dengan rasa rendah diri sehingga ke dalam lubangnya memberitahu bahawa blog coklat ini telah menerima sebanyak 100 entry yang telah dipublish, tidak termasuk entry yang masih di dalam proses pencantikkan salon. Jika dahulu, aku memang kerap kali mengupdate blog sehingga ada orang menegur aku kerana tidak sempat membaca entry sebelumnya..haha. Itu dahulu, semasa aku berada di dalam cuti semester yang menyebabkan aku mempunyai masa yang amat lapang di rumah. Pada masa itu, aku memang kerap kali membuat "blog walking" ke blog orang lain tidak kira aku kenal atau tidak. Jika entrynya menarik minat aku, maka aku akan tinggalkan jejakku di dalam bahagian komen entry tersebut. Aku pun tidak tahu sudah berapa banyak blog yang tiada dalam senarai aku yang telah aku komen. Aku pun tidak ingat lagi blog-blog itu..haha.

Sewaktu mula-mula blog aku di Internet

Berubah wajah menjadi coklat


Ya, aku masih lagi berpaut pada servis Blogger, yang menyediakan perkhidmatan blog dan domain secara percuma dengan menggunakan sub-domain .blogspot. Ramai juga orang yang mengkritik servis Blogger atas beberapa sebab :
  1. Menggunakan sub-domain .blogspot yang dilihat kurang sedap didengar. Macam blog aku ni mohdnasri.blogspot.com. Kalau diletakkan mohdnasri.com nampak macam professional. Tapi, apa yang aku pasti, Blogger juga menyediakan perkhidmatan blog untuk dihos ke dalam domain sendiri. Hanya perlu sedikit pengetahuan mengenai domain itu dan boleh digunakan.
  2. Aku buat "blog walking" dan ternyata ramai yang mengkritik bahagian komen bagi blog di bawah Blogger yang perlu melepasi "Word verification" yang agak cincai macam budak umur setahun yang baru belajar menulis. Ada pro dan kontranya kenapa ramai blogger yang mempunyai blog di bawah hosting Blogger mengaktifkan "Word verification" ini.
  3. Hiasan blog yang tidak bebas. Contohnya favicon di blog yang tidak boleh diubah. Tetapi ada caranya untuk menukar favicon tersebut.
Itu secara umum. Secara spesifiknya, blog aku sudah berada di dunia Internet sejak 14 Oktober 2008 iaitu hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 20. Sejak itu, aku telah didatangi oleh pengunjung tidak kira di dalam mahupun luar negara sebanyak apa yang boleh dilihat di sidebar di bahagian kira orang..hehe.


Rekod paling ramai pengunjung
Setakat ini, aku tidak pernah merekodkan pengunjung sebanyak apa yang telah aku ceritakan di dalam entry dulu-dulu. Memang benar, fungsi next blog di atas sekali membolehkan blog aku didatangi pengunjung asing yang tidak pernah melihat blog aku..haha. Jadi, gunakan fungsi tersebut dengan sebaiknya. Walaupun ianya mungkin akan memburukkan blog tetapi percayalah bahawa ia mungkin menyumbangkan pendapatan lumayan..hehe


Entry yang biasa dicari dalam Google
Aku agak terkejut sedikit kerana selama ini jarang sekali ada pengunjung yang datang ke blog aku melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo. Namun segalanya berubah sejak aku pos entry mengenai Iskandar Zulkarnain. Entry ini berbentuk ilmiah dan aku mengambil masa selama sehari untuk menyiapkannya kerana aku perlu mencari sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Dan, ramai pengunjung datang ke entry ini melalui enjin carian.


Entry paling banyak komen
Haha..entry yang paling banyak menerima komen daripada pengunjung blog iaitu sebanyak 36 komen ialah pendedahan terbuka aku mengenai hubungan aku dengan cik reen. Ya, memang aku telah berkapel dengan dia dan aku harap sangat dapat berkahwin dengannya..hehe. Perghh, cita-cita yang tinggi menggunung. Walaupun begitu, aku harap sangat dapat mencari kerja tetap di kala krisis ekonomi yang semakin teruk yang menyebabkan banyak kilang elektronik terpaksa ditutup.

Ok, itu sahaja untuk entry yang ke 100. Semoga aku terus kuat untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Harap-harap kamu begitu juga. Sekian, terima kasih.
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

ehem ehem...
semoga impian akan menjadi kenyataan..
dan semoga hubungan nas ngan reen kekal hingga ke jinjang pelamin.. :D

Balas
avatar

amin...
harap2 harapan menjadi kenyataan..hehe

Balas
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > hehe..sme2 cyg..moga2 diberi kekuatan utk trus mengepos entry bru..cyg pn sme..hehe

Balas
avatar

dah 100??,,cik hel baru 40..ekeke

Balas