Pagi di Blog Coklat

Aku berasa amat bertuah kerana dapat tinggal di negara yang aman damai walaupun secara politiknya kita lihat Malaysia tidak aman lagi. Tidak seperti di kebanyakkan negara lain seperti Palestin, Afghanistan, Lubnan atau Thailand, kita lihat negara-negara itu tidak aman kerana berlakunya peperangan atau konflik. Harap-harap negara Islam yang lain dapat merasa nikmat aman damai seperti yang telah dikecapi di Malaysia.

Aku pula bangun pada pukul 8 pagi..hehe. Tidak kira ada kelas atau tidak, aku tetap bangun pukul 8 pagi. Tetapi pagi ini tiada kelas kerana semua staf UTeM ada apa tah aku pun tak ingat..haha. Disebabkan aku tidak tahu nak buat apa pada pagi ini, maka aku mendapat 1 ilham daripada handset aku. Sesi mengambil gambar..hehe. Kali ini aku ambil gambar suasana di pagi hari di taman tempat aku tinggal iaitu di Taman Muzaffar Shah. Seperti yang aku beritahu di perenggan pertama, memang aman tinggal di Malaysia. Di taman aku pun aman juga kerana kebanyakkan mereka pergi kerja atau bersekolah.


Di sebelah kanan rumah.


Di sebelah kiri rumah.

Di pagi hari, kereta memang tidak banyak lalu-lalang di sini kerana mereka pergi ke tempat kerja. Kereta putih dalam gambar sebelah kanan rumah aku itu adalah milik seorang pelajar UTeM juga..hehe. Di sebelah petang pula, memang banyak kereta lalu-lalang di sini, ada budak-budak bermain badminton, ada juga yang bersiar-siar. Ada juga yang lepak di luar rumah dan berbual-bual dengan jiran sebelah.


Belakang rumah, di sebelah kiri.

Tetapi suasana di pagi hari, sunyi sepi sekali. Terdengar bunyi kicauan burung pipit yang terbang ke sana ke mari. Gambar di sebelah kiri rumah pula, sepatutnya ada seorang amoi Cina memakai baju pink sedang melihat halaman rumahnya, tetapi time aku ambil gambar dia tunduk pula..haha.


Belakang rumah, di sebelah kanan.

Di belakang rumah aku pula, waktu pagi memang sunyi kecuali kedengaran suara amoi di belakang rumah yang suka menjerit-jerit dalam bahasa Cina. Ini menguatkan pendirian aku untuk mengambil subjek bahasa Mandarin apabila aku berada di tahun 4 kelak. Nanti senanglah aku nak faham apa benda yang amoi Cina tu selalu menjerit..haha. Siang memang sunyi sepi kerana kebanyakkan orang asing tidur pada siang hari. Di malam hari pula, macam pesta "blackstreet" pulak..haha.

Ok, tamat cerita di pagi hari. Blog coklat ini telah menerima award dengan seihklas hati daripada helena. Ini adalah kali ketiga kot blog ini mendapat award. Mari lihat award di bawah.




Sekian terima kasih ^_^
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

blakang umah pn amek gmbr gk ke? hish..x senonoh..

Balas
avatar

hafizi mohamad > igt nk amik gmbar anjing tgh berak time tu..tp xsggp lak..haha

Balas