Madagascar 2 : Escape 2 Africa Ending

Cerita Madagascar 2 sudah lama ditayangkan di pawagam dalam sekitar hujung tahun 2008. Aku mengikuti cerita ini sejak dari Madagascar 1 lagi. Ia mengisahkan tentang 4 ekor haiwan sekawan yang sama-sama enjoy dengan kehidupan di dalam Central Park Zoo. Alex ialah seekor singa, Marty ialah seekor kuda belang, Melman ialah seekor zirafah dan Gloria ialah seekor badak sumbu betina. Madagascar 2 merupakan sambungan kepada cerita Madagascar 1 di mana mereka ini tersesat di Afrika setelah berusaha mencari jalan pulang ke Central Park Zoo dengan menggunakan kapal terbang yang rosak dan dibantu dengan lastik gergasi untuk menerbangkannya. Di Afrika, mereka berjumpa dengan koloni asal mereka dengan Alex juga tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan keluarganya di sana.

Aku suka melihat ending theme yang terdapat di dalam cerita Madagascar 2 ini kerana bagi aku ia sesuatu yang amat unik sekali. Karekter yang dibuat dengan menggunakan "paper puppets" dan kemudian dianimasikan. "Paper puppets" merupakan seni yang menggunakan kertas untuk mereka sesuatu yang dikehendaki. Di bawah adalah beberapa print screen yang aku ambil di dalam ending tersebut. Aku mengesyorkan agar melihat dahulu cerita ini, baru boleh faham apa yang disampaikan oleh ending theme tersebut.

Desktop wallpaper rasmi untuk Madagascar 2 : Escape 2 Africa


Alex : Seekor singa. Dikenali sebagai "King of New York"


Dari kiri : Alex, Marty, Gloria dan Merman


King Julien - Menganggap bahawa lava boleh memberi air kembali setelah ketiadaan air di Afrika


Monyet-monyet yang bergayut di atas besi kapal terbang


Skuad penguin yang berjaya mereka kapal terbang setelah terhempas di Afrika


Mort, si comel sedang dikejar oleh ikan jerung


Ikan jerung berusaha untuk memakan Mort, si comel


Mort menaiki ikan Jerung.


Di sebalik tabir pembikinan ending theme ini :
Madagascar 2 : Escape 2 Africa
Previous
Next Post »
4 Komen
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus