Konvoi Motor UTeM 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Rabu. Pagi tadi aku tidak ke kelas kerana berdepan masalah dan cabaran yang dihadapi aku terhadap motosikal aku. Motorsikal aku sekali lagi memberi amaran kepada aku bahawa aku perlu mengeluarkan sejumlah duit yang agak banyak untuk menukar tayar depan dan belakang kepada sport rim diperkuatkan dengan tayar "tubeless". Aku sudah mengusha beberapa kedai yang menyediakan perkhidmatan menukar aksesori tayar motor dengan harga yang agak mahal iaitu hampir mencecah RM200 untuk menukar tayar depan dan belakang. Ya, tidak semua kedai motor yang menyediakan perkhidmatan ini kerana terdapat kedai motor di taman aku yang hanya menyediakan perkhidmatan membaiki motor yang menghadapi kemalangan sahaja..haha. Lupa nak cakap, malam tadi tayar belakang motor aku bocor dan menyebabkan aku terpaksa menolak motor menaiki bukit yang amat tinggi dan dalam keadaan hujan lebat.

Pukul 11 pagi, aku menghantar motor ke kedai untuk menukar tube tayar belakang dan dikenakan harga RM9 sahaja..hehe. Selepas itu, aku pergi ke UTeM Kampus Industri untuk memasuki konvoi motor yang dianjurkan oleh UTeM dan JKJR. Inilah kali pertama aku memasuki konvoi motor..haha. Memang ramai pelajar UTeM yang menjayakan konvoi ini dan dianggarkan lebih kurang 1000 orang yang melakukan konvoi ini. Aku berasa bangga kerana inilah kali pertama polis trafik memberi laluan kepada konvoi ini untuk bergerak. Selama ini hanya orang penting sahaja yang diiringi polis trafik..haha.


Pakai topi keledar semasa menunggang motosikal


Sebelum bertolak ke UTeM Kampus Induk.

Macam biasalah, aku tidak akan masuk konvoi ini tanpa sebab. Sebab utama aku masuk konvoi ini ialah kerana UTeM memberi baju percuma kepada pelajar. Aku memang tertarik dengan tawaran itu lantas memasuki konvoi ini..haha. Pukul 2.30 petang, bermulalah konvoi dari UTeM Kampus Industri ke UTeM Kampus Induk yang mengambil masa setengah jam sahaja. Sampai di sana, perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya pun bermula. Aku tidak berapa tahu mengenai perasmian itu kerana aku sibuk bercakap dengan kawan aku..haha. Selepas perasmian itu, bermulalah konvoi dari UTeM Kampus Induk ke Melaka Sentral yang mengambil masa sejam. Sepanjang perjalanan, aku mendapati bahawa lalu lintas memang amat sesak kerana pada waktu itulah ramai orang dalam perjalanan selepas balik kerja.


Persediaan sebelum konvoi ke Melaka Sentral.


Sampai di Melaka Sentral.

Sampai di Melaka Sentral, barang-barang kempen seperti poster, pelekat kereta dan pamplet diberikan kepada mereka yang melalui kawasan konvoi itu. Seperti biasa, Zul (bukan nama sebenar) dan piee (bukan nama sebenar) dengan bersungguhnya memberikan barang-barang tersebut kepada orang. Aku dan mereka yang lain hanyalah bersantai di tepi jalan sambil mengambil gambar..haha.


Bergambar di Melaka Sentral.

Kredit kepada handsetku K530i + W660i kerana bekerja keras mengambil gambar di kala waktu panas terik. Kredit kepada aku kerana aku keseorangan mengambil gambar-gambar tersebut..haha.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

mak aiiihhh!! 1000? ramainya~ x sesak ke jalan di sebabkan korang? haha

Balas
avatar

ijechan > tu sbb sesak jalan..ramai sgt..haha

Balas
avatar

6pak pewot...
haha

Balas
avatar

cermin > cipan..haha
tu tanda bahagia..haha

Balas