Bangunan Canselori, UTeM

Kali ini aku ingin menempek beberapa gambar yang sempat aku ambil ketika ketiadaan orang di tempat kejadian. Beberapa gambar yang aku ambil di bangunan Canselori, UTeM yang telah beroperasi di kampus induk, Durian Tunggal.


Bangunan Canselori dari depan.

Bangunannya memang baru kerana baru siap tahun lepas jadi pasti kita akan menjangkakan bahawa :
  1. Air-cond yang teramat kuat dan sejuk macam berada di Kutub Utara.
  2. Bau simen yang masih lagi menghantui para pekerja di bangunan tersebut.
  3. Kawasan dalam bangunan atau pejabat mana-mana unit yang tidak terlalu padat berbanding dengan tempat lama.
  4. Orang ramai yang tidak sesak di awal pembukaan bangunan Canselori ini.


Laluan yang teramat sempit. Bayangkan jika ramai orang ingin berurusan.

Sekali lagi aku katakan, bangunan ini memang baru dan aku tidak tahu arah ke unit yang aku cari iaitu unit penempatan pelajar kerana bangunan ini besar dan memerlukan kemahiran bersoal jawab dengan pekerja di situ untuk mencari jalan. Tiada signboard yang menunjukkan arah setiap bilik dalam bangunan ini mungkin dalam proses tengah buat kot. :P


Pokok-pokok ini tandanya bangunan Canselori ini dipisahkan kepada 2..hehe


Di belakang bangunan pula, dewan besar sedang dalam pembinaan

Ok, itu sahaja untuk kali. Kredit kepada handphoneku kerana sudi mengambil gambar..haha. Sekian terima kasih.


Lokasi : Bangunan Canselori, UTeM Kampus Induk
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

kt utem ko skang eheheheheh knal butet x?

Balas
avatar

Shahriza > eh mok la..lme siot xjmpe..haha spe butet tu? hehe

Balas
avatar

ijechan > hoho..leh la cntiknye..hoho

Balas
avatar

hafizi mohamad > xpe2 psni ak cter psl ko..haha

Balas