Sarapan Pagi

Mari makan. Mari makan. Macam biasalah entry aku pada kali ini ialah mengenai makan. Sudah 2 entry aku yang menceritakan apa yang aku makan walaupun pergi membeli belah..haha. Hari ini mak aku keluar untuk menyelesaikan hal-hal family, jadi tinggallah aku, adik aku dan abah aku di rumah. Semuanya lelaki. Lelaki yang tidaklah begitu expert dalam penyediaan makanan yang sedap-sedap. Hanya mak aku sahaja yang expert dalam penyediaan makanan yang membuatkan aku terasa nak makan lagi..haha.

Disebabkan mak aku nak cepat, jadi mak aku tidak menyediakan sarapan pagi. Aku yang sedang lelap tidur dikejutkan oleh mak aku.
Mak nak cepat ni. Mak xbuat sarapan. Gi beli nasi lemak 2 bungkus
Ayat yang membuatkan aku lemah sebab aku malas nak buat sarapan apatah lagi nak pergi ke kedai makanan untuk membeli nasi lemak..haha. Selepas mak aku pergi, aku pun memerah otak pikir nak masak apa untuk sarapan pagi ini. Akhirnya aku terjumpa benda ini di dalam periuk

Sambal udang semalam yang telah dipanaskan

Memang menarik sebab sambal udang juga merupakan lauk kegemaranku..haha. Paling menarik bila aku jumpa benda ini di dalam almari.

Kari Berapi. Buatan Ayer Keroh, Melaka..haha

Aku pun membuka peti sejuk dan terjumpa benda bulat ini. Sedap jika dimasukkan bersama..haha

Telur ayam yang segar bugar

Aku ambil 2 biji telur dan dimasukkan ke dalam kari berapi yang tidak berapi itu. Sesudah 5 minit, akhirnya siaplah sarapan pagi aku..hehe

Mamee kari berapi + sambal udang + telur 2 biji = kenyang

Walaupun ada kuah, aku tetap sediakan air untuk sarapan pagi. Nikmatilah air teh o..haha

Air teh o buatan sendiri..hehe

Akhir sekali, aku pun makanlah dengan rasa gembiranya sebab tidak perlu untuk pergi ke kedai dan dapat menjimatkan duit..hehe
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

parah2.. tgk megi tu pon dah nampak cam tgk makanan 5 bintang.. nak meggggggggggi tu!!!

Balas
avatar

mak aii megi! siap ada udang!

Balas
avatar

Ummu Solehah Muhammad > haha..tau sjak dr entry dlu dh kcur dh kn..sabar2..haha

Balas
avatar

goasop > ha ni megi special pny dibuat oleh kaum lelaki..haha

Balas