Nasi Lemak Homemade

Orang paling suka hari minggu. Sebab hari minggu ialah hari bersama keluarga tercinta, menonton television sama-sama, berbual-bual mengenai banyak perkara, mengemas rumah sama-sama. Memang tidak dinafikan kebanyakkan orang paling suka hari minggu. Walaupun mereka itu menetap di Kedah, Kelantan atau Terengganu..hehe. Mungkin ramai yang menganggap hari minggu adalah istimewa kerana tidak ada semua perkara yang boleh dibuat pada hari biasa kecuali pada hari minggu sahaja. Samalah dengan aku. Pada hari minggu, mak aku masak lauk special bagi aku la..hehe. Menu untuk hari minggu ialah nasi lemak ayam goreng berempah. Memang kecur aku tengok lauk-lauk yang mak aku masak terutamanya ayam goreng berempah itu..haha.

Ayam yang sudah digoreng. Maaf aku sudah makan sedikit..hehe

Tapi, tidak lengkap nasi lemak tanpa lauk-lauk utamanya..haha. Macam biasalah, ada sambal ikan bilis yang semestinya sedap. Tanpa sambal, aku makan ayam goreng jela..haha. Aku memerlukan kepedasan yang melampau kalau makan nasi lemak.

Sambal ikan bilis. Amik banyak sampai nasi jadi merah gila, baru pedassss.

Walaupun ada ayam goreng berempah, telur rebus tidak dilupakan juga. Sarapan aku pagi tadi, nasi lemak yang sama tapi tak makan dengan ayam goreng berempah. Aku makan dengan telur rebus je. Adala dalam 3-4 biji..haha

Telur rebus. Wajib ada dalam nasi lemak.

Dan akhir sekali, bila namanya nasi lemak mestilah ada nasinya..hehe. Mak aku plan nak letak dalam daun pisang tapi aku halang niatnya kerana aku malas nak cari daun pisang..hehe.

Nasi lemak bersama daun pandan di dalam periuk nasi.

Mulai sarapan pagi tadi sehinggalah makan malam, aku akan makan nasi lemak sahaja. Ini memang kebiasaan di rumah. Mak aku hanya masak lauk untuk makan tengahari dan malam sahaja. Tapi disebabkan hari ini special, mak aku buat untuk sarapan sekali..haha.

P.S : Maaf, gambar kabur. Ada kabus tebal dalam rumah aku.
P.S.S : Jangan kecur.
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

haaaaaaa... kamu telah membuat aku laparrrrr!!!

Balas
avatar

Ummu Solehah Muhammad > sabar2..ini adalah gambar semata-mata..hehe

Balas
avatar

sedapnye....
xde delivery service ke??

Balas
avatar

Lily > ada..sila dail 1515 gne henset..dijamin xde org angkat..haha

Balas
avatar

dah terkecur air liur la.. napa x warning awal2? isk

Balas
avatar

goasop > haha..sje nk warning last2..

Balas