Dua Ribu Sembilan

Dua ribu sembilan pasti menjanjikan hidangan yang menarik. Kita akan jumpa hidangan yang sebelum ini mempunyai garam yang sedikit akan mempunyai garam yang banyak pada dua ribu sembilan. Ada juga hidangan yang sebelum ini tiada gula akan mempunyai gula, mungkin juga gula itu terlampau banyak pada dua ribu sembilan. Ada juga hidangan yang sebelum ini tidak menggunakan aji tiada motor akan mempunyai aji tetapi tiada motor pada dua ribu sembilan. Dan, ada juga hidangan yang tidak menggunakan apa-apa, sekadar menghidangkan sahaja. Walau apa sekalipun, pastikan hidangan itu tidak mempunyai bahan yang berbahaya yang boleh menyebabkan maut. Kerana jika hidangan itu mempunyai bahan yang sebegitu, pasti ramai orang akan menghadapi maut..hehe. (best tak intro untuk tahun ini? haha)


Banyak rempah ratus.

Aku pula sudah memulakan semester baru pada 30 Disember 2008 yang lepas walaupun pada hari pertama itu tiada kelas..haha. Nampaknya semester baru ini memang banyak yang berubah terutamanya jadual kelas aku dan UTeM itu sendiri. Bangunan Canselor sudah memulakan operasinya di kampus tetap, Durian Tunggal. Aku sebagai wakil dari kampus tetap mengucapkan selamat datang kepada staf di Bangunan Canselor ke kampus tetap UTeM (eh macam orang besar pulak..haha). Semoga anda dapat menahan bau ayam yang baru diproses dari kilang..haha. Mengenai jadual kelas aku pula, paling ketara perubahannya ialah masa kuliah dipendekkan dari 2 jam sebelum ini ke 1 jam sahaja. Aku sememangnya tidak boleh tahan jika kuliah 2 jam..haha.


Bangunan Canselori UTeM.

Untuk tahun dua ribu sembilan, aku tahu ramai yang sudah mempunyai target atau azam tersendiri dan berharap agar dapat mencapai azam itu. Azam aku senang je, asalkan aku tidak membuat orang lain terasa hati atau marah terutamanya kedua ibu bapaku, ia sudah mencukupi..hehe. Aku juga ingin membuat seseorang itu bahagia. Dua ribu sembilan juga menyaksikan sesuatu yang amat bermakna kepada blog aku yang coklat ini. Kenapa? Bagi aku, ia merupakan pencapaian yang boleh aku bangga, orang lain tak tahulah..haha.

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca entry di blog aku dan memberi komen. Pada awalnya, aku menjangkakan ramai yang tidak mahu membaca entry di blog aku kerana mungkin bosan kot..hehe. Terima kasih sekali lagi dan selamat menempuh tahun baru ini dengan gembira dan jayanya..hehe.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

bau ayam dgn bau jagung bakar, mana 1 lg sedap? bleh buat survey kat UTHM/KUiTTHO, Johor ni, haha ^_^

Balas
avatar

err uthm bau jagung terbakar ke? haha

Balas
avatar

ececece....beramah mesra plak kat sini....

Balas