Salam Aidiladha

Di hari yang mulia ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi sempat merayakan hari yang mulia ini. Bersyukurlah kita kerana masih dipanjangkan nyawa untuk menikmati suasana korban di hari yang mulia ini. Hayatilah maksud tersirat di sebalik perkataan "korban" yang sering kali disalahertikan oleh sesetengah pihak yang menganggap korban itu ialah mengorbankan lembu-lembu.


Kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, banyakkan bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang. Jadikan hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus hidup di dunia ini. Jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran kepada kita yang sering mengabaikan alam sekitar.


Kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, juga tabahkan hidup dan sentiasa bersabar menghadapi dugaan yang mendatang. Walaupun banjir setiap tahun berlaku namun ia adalah ujian dari Yang Maha Esa.

Sumber gambar
Google dan terjumpalah gambar di sini
Gambar Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

tragedi yg menyedihkan,
kesal sbb pihak bertanggungjawab x ambil pusing psl aduan penduduk b4 the landslide...

Balas
avatar

ala bese la tu malaysia skg ni..
ble dh berlaku bru la nk menyesal..
pstu nk salahkan org len sbb buat projek kt tmpt cmtu..

Balas