Bosannya Hari Ini

Hari ini aku nak ceritalah pasal apa yang aku buat hari ini..hehe. Lepas mandi pada jam err..err (ada orang tahu aku mandi pukul berapa), aku pun terstastiklah pandangan mataku pada ini barang.


Playstation zaman pertama dari Sony.

Aku rasa ramai yang sudah tahu. Ataupun ramai yang tidak tahu. Inilah Sony Playstation yang paling mula-mula sekali dikeluarkan pada tahun berapa tah, 1997 kot. Dahulu pada tahun 1999 aku bangga memiliki console game ini sebab ianya amat popular di seluruh dunia..haha. Namun begitu, sekarang aku malu-malu nak bangga sebab dah keluar Playstation 3 yang gambarnya dah macam main kt pc..haha. Banyak juga kenangan aku bersama benda alah ini walaupun ia hanyalah sebuah tempat bermain games..haha. Sebab benda alah ini dah bersama aku lebih kurang 8 tahun, memang lumrahlah bagi benda alah ini untuk rosak. Disebabkan ia rosak, aku pun pinjamlah benda alah ini daripada ayh sedare aku untuk melepaskan gian tak bermain game dengan benda alah ini. Aku pun bukaklah game ini.


Digimon Digital Card Battle.

Namanya Digimon : Digital Card Battle. Kembali ke zaman di mana kartun Pokemon dan Digimon amat popular di kalangan kanak-kanak bawah umur termasuk aku..haha. Bagi aku best gak game ini sebab ia menguji minda semasa bermain kad dengan Digimon lain. Cara pemikiran aku pun bertukar daripada rileks sahaja ke kiraan taktik-taktik yang perlu aku guna untuk menang dalam perlawanan kad Digimon..haha. Setakat ini aku dah menang 50 perlawanan dan tewas hanya 1 perlawanan..hehe. Dulu aku ada juga main benda alah ini. Dah banyak kad aku kumpul tapi bila aku nak load balik, dia tulis benda ini "Failed to load game from memory card" Aku pun !@#$%^&*(). Nasib baik aku pandai kawal emosi, kalau tak memang takkan jumpa punyalah muka aku senyum-senyum..haha. Tapi, bila dah main kad ini lama-lama, aku jadi bosan pulak..haha. Dah la, aku sekarang tengah menunggu kepulangan mak aku dari kampung dengan membawa lauk-lauk yang sedap..haha. Jumpa lagi.
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

ha3. kembali ke zaman kanak2 riang ribena?

Balas
avatar

a'ah kembali ke zaman kanak2 dlu..haha

Balas