Bekas Budak Kuliahku

Ha yang ni tajuk memang tak boleh blah. Macam bekas banduan saja..haha. Aku rasa beliau tidaklah seglamor sekarang. Dulu pun glamor time dalam kuliah sahaja. Aku dah baca entry beliau mengenai update di contest yang dianjurkan oleh beliau. Semua yang bertanding bercerita mengenai beliau dan kehidupan beliau di UTeM..haha. Sebab di UTeM, beliau memang amat glamor sehingga ramai cewek-cewek ingin berkenalan dengan beliau (beliau single macam aku..haha).

Kali ini aku ingin bercerita mengenai kehidupan beliau di matrik..hehe. Dulu beliau study di Kolej Matrikulasi Melaka, sama matrik dengan aku..hehe. Mula-mula memanglah aku tidak kenal beliau kerana pada masa itu beliau malu-malu burung lagi nak bertegur sapa. Sehinggalah waktu kuliah kimia yang diajar oleh puan pe tah (beliau, pe nama lecturer ajau kimia tu? haha), tiba-tiba beliau semacam diberi kuasa untuk membuat bising di dalam kuliah..haha. Dan aku rasa time kimia je kot beliau boleh membuat bising, waktu subjek lain beliau hanyalah duduk di depan sekali dan diam (perghh duk depan siot..haha).

Dah la beliau 1 kuliah dengan aku, asrama pun nak 1 asrama dengan aku..haha. Di asrama, beliau juga suka membuat bising terutamanya bila dah jumpa geng dia. Ha dia ada geng, salah seorang daripada geng dia ini merupakan budak sekolah aku dulu. Siapa? Sebab nama glamor beliau ialah kentang, nama budak sekolah aku ini ialah pisang. Ok kan pisang jumpa kentang..haha. Itu sahajalah mengenai kehidupan beliau di matrik..haha

Cerita di UTeM pula, aku tidaklak mengetahui sangat kerana beliau berada di fakulti FTMK di Cubic sedangkan aku pula berada di fakulti FKEKK di Durian Tunggal. Tapi dengar cerita sem depan semua fakulti nak pindah ke Durian Tunggal. Aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, sem lepas beliau duduk di asrama Murni sebelum berpindah ke asrama Bunga Raya. Nak usha blog beliau? Bolehlah klik di sini. Blog beliau nampak hijau walaupun kita tahu kentang itu berwarna coklat macam blog aku..hehe. Sebenarnya aku pun dah naik muak nak tengok muka beliau kerana di semua tempat aku sentiasa nampak beliau. Aku nak ambik lesen di sebuah institut memandu pun boleh terserempak dengan beliau yang ketika itu nak amik lesen kereta..haha

Aku menulis artikel ini bukan sekadar nak sahut cabaran beliau tetapi ingin mengenang kembali zaman silam, zaman di mana beliau tidak matang lagi..haha. Beliau pula membuat contest ini sempena Yubiyu Gathering yang telah di buat sebelum ini. Aku pula baru join Yubiyu, tak tahulah aku termasuk ke tak dalam Yubiyu..haha. Yubiyu adalah singkatan kepada UTeM Blogger United di mana group ini adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana kerajaan mahupun swasta. Boleh klik di sini jika ingin tahu berapa ramaikah ahli Yubiyu dan ke sini jika ingin usha post-post terbaru daripada ahli Yubiyu.

Gambar-gambar menarik


Yang pakai spek itulah beliau. Yang sebelah itu Mohd Adil, bekas housemateku

Gambar ini aku curi dari Friendster beliau. Nampak comel ke comot? hehe

Yang pakai spek baju merah itu pisang dan sorang lagi pakai spek itu beliau.

Sudah habis bercerita mengenai beliau. Apa pendapat anda tentang beliau? Sila komen..haha

P.S : Beliau ialah Topo atau nama sebenarnya pe tah..dulu ingat, sekarang tak ingat pulak. Yang aku tahu nama dia ada Mohd dan start dengan huruf N. Bukan Mohd Nasri..haha. Kredit kepada Pop Shovan untuk gambar di Yubiyu Gathering.


[Keselamatan Akaun Facebook]

19 komen:

topo said...

hohoho byak gambar terlampau kat sini.. ok entry anda diterima..

Mohd Nasri said...

haha..
bru 2 maa..
gmbau pisang tu mmg xleh blah..
ak ltk r kt sni..haha

CHIKA said...

fuuu.
sana sini cite pasal TOPO.
:P

Nazra said...

haha, promote topotato ye (^_^)

Mohd Nasri Md. Nasir said...

nk duit..duit..duit..
haha

Along Arman said...

amboi amboi..
sorang² posing terlampau :P
itulah topo yerp..
baru lah ku kenal skang.. muahaha...

eira said...

oh aksi terlampaulah..
heheh
;p ;p

Mohd Nasri Md. Nasir said...

bnyk lg ni gmbar dia posing maut cmpur trlampau..
kang ltk bnyk2 trbatal lak..haha

Mohd Nasri Md. Nasir said...

eira > aksi terlampau ni..ada bnyk lg tp tgk r kt fs dia ye..hahaha (sori topo, ak xsengaja ltk gmbau trlampau ko kt sni..haha)

Marzuki said...

haha, apa menda la topo cam tutt tutt je.

Mohd Nasri Md. Nasir said...

topo mmg begitu..
ni la kehidupan dia yg sebenar..hoho
(mnta maaf kpd topo skli lg..hoho)

arnamee said...

Salam..

unik2..promote 'beliau' ea?
(^_^)

Mohd Nasri Md. Nasir said...

a'ah promote 'beliau' kjp..
haha

adil said...

kasi ko 1 markah lg. kekeke..

Mohd Nasri Md. Nasir said...

haha..
ak xjamin menang ni..
rmai lg yg lbh power..haha

pisang said...

walaowei.. ader gambar aku kat sini beb.. topo punyer cte... sweat...

Mohd Nasri Md. Nasir said...

ha ko jgn men2..
topo buat contest ni..
tu yg ak buat post psl dia ni..
klau x haram ak nk cter psl dia..haha
(sori topo..haha)

^^ PiNkY FunKy ~~ said...

nas..
lalu jup..
jup lg reen lalu lg..

Mohd Nasri Md. Nasir said...

lalu la reen..
xkne bayau pn..haha

Post a Comment

- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar
- Gunakan ID blogger untuk menampakkan avatar di sini