Award di Tahun Baru

Walaupun sudah masuk 2 Muharam 1430, masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga dengan masuknya tahun baru ini, amalan kita menjadi bertambah ikhlas dan baik. Sehubungan dengan itu, blog aku yang coklat ini telah menerima award daripada blog SufianPC, iaitu blog yang mengandungi tips-tips dan berita mengenai hal ehwal komputer. Boleh melawat blog beliau di sini.

Award yang dimaksudkan ialah 2008 Cute's 3logger Award iaitu blog dan blogger paling cute. Ini bermakna dengan adanya award ini, blog dan aku diiktiraf sebagai yang paling cute..haha

Sebelum menerima award ini, aku perlu menyertakan 10 fakta mengenai diri aku.

  1. Nama sebenar aku ialah Mohd Nasri Bin Md. Nasir seperti yang tertera di dalam profile blog aku..hehe
  2. Aku belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, ambil kursus elektronik industri. Sekarang berada di Tahun 2 Sem 2..hehe
  3. Blog aku ini blog baru. Ramai orang yang tidak tahu kewujudan blog aku..hehe. Aku mula berblog pada ulangtahun kelahiran aku yang ke-20 iaitu pada 14 Oktober 2008. Baru tiga bulan..hehe.
  4. Minat pada bola sepak. Tanpa bola sepak, hidup aku ibarat semut api yang kena usik. Menggelabah tak tentu pasal.
  5. Suka makan. Sehari tak makan ibarat ular yang menjalar mencari mangsa.
  6. Suka komen di blog orang walaupun orang itu tidak tahu apa-apa mengenai aku..haha
  7. Suka format laptop sendiri. Macam hobi pulak..haha. Tips dari aku : Jangan selalu format komputer anda kerana komputer anda boleh rosak..hehe
  8. Dulu aku belum matang lagi. Sekarang sudah matang sedikit. Sedikit je..haha
  9. Aku ada profile di Twitter. Silalah menjadi follower aku. Di sini..hehe
  10. Sudah habis kot..haha
Dengan terjawabnya soalan itu tadi, maka dengan rasminya blog aku merupakan blog paling cute..haha. Blogger di bawah ini akan menerima award ini :

  1. Cik Reen - Blog dia hitam saja..hehe
  2. Goasop - Blog dia banyak cerita..hehe
  3. Cik Nazra - Aktiviti dia banyak dikantoikan oleh kawannya..hehe
  4. Along Arman - Aku banyak komen di blog dia..hehe
  5. Lily - Dulu aku suka tag dia..hehe
  6. Cik Mila - Dia suka menjawab tag..hehe
  7. Cik Nasiha - Sekarang dia offline..hehe
  8. No Entry
  9. No Entry
  10. No Entry
Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award..hehe
Previous
Next Post »
8 Komen
avatar

yahoo!! dapat award!! nt akan ditempek ye. *hepi2!

Balas
avatar

eeh..
nas dpt award laaaa...
maceh ks reen..
1st time dpt award..
maceh2..

Balas
avatar

cik ije > ye2 sila la menempek ye...hehe

cik reen > nas 2nd time dpt award..hehe

Balas
avatar

thanks ye! ti ada award utk awk pun... ;))

Balas
avatar

adehh apakah keterangan mengenai diriku itu +_+

Balas
avatar

sama besday ngan wife aku lorr..

Balas