One Piece 376

Untuk episod kali ini, kita akan dibawa ke kuasa yang dimiliki oleh Kuma semasa berlawan dengan Zoro. Kebanyakkan kuasa yang dimiliki oleh Kuma telah dikeluarkan dan semua kuasa itu adalah teramatlah kuat sehingga Zoro tidak dapat meninggalkan walau satu calar sekalipun di badan Kuma.


Bagi kebanyakkan manusia yang berada di Thriller Bark, mereka merasakan yang Zoro tidak boleh mengalahkan Kuma kerana badan Kuma yang terlalu besar, lebih tinggi daripada Moria. Zoro juga sedang mengalami kecederaan akibat berlawan dengan Odz dan Moria. Namun begitu, Zoro tetap juga hendak berlawan dengan Kuma dengan menggunakan kuasa pedang yang baru dimiliki hasil kekalahan bayang-bayang Brook kepada Zoro dalam episod yang lepas.


Zoro merenung tajam.


Perlawanan bermula.

Dengan menggunakan kuasa Pawman, Zoro tidak dapat mendekati Kuma, malah Kuma sentiasa sahaja ada peluang untuk membunuh Zoro dengan menggunakan kuasa teleportnya. Zoro tidak menyedari akan kehadiran Kuma dibelakangnya sehingga diberitahu oleh Usopp bahawa Kuma berada di belakangnya dan akan melepaskan kuasa Pawmannya.


Kesan hentaman kuasa Kuma.

Kesan lantai yang berlubang dan mempunyai bentuk paw setelah Kuma melepaskan kuasanya itu. Zoro dapat mengelak daripada serangan tersebut. Setelah itu, Kuma membentuk satu bom yang menggunakan tekanan udara.


Kuasa tekanan angin.

Kuma memberi dua pilihan kepada manusia yang berada di Thriller Bark sama ada mahu menyerahkan Luffy kepada World Government atau tidak. Mereka bersepakat bahawa mereka tidak mahu menyerahkan Luffy kepada World Government. Gambar di bawah menceritakan apa yang berlaku setelah mereka tidak mahu menyerahkan Luffy kepada Kuma.


Bom angin siap untuk diletupkan.


Bom meletup.


Bom meletup. View dari udara


Manusia melayang.


Cahaya hasil dari bom itu.


Selesai.

Episod akan datang, kita akan tengok apa yang berlaku selepas kejadian ini.
Previous
Next Post »
0 Komen