Salaat Time

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Malam ini aku nak tunjukkan kepada semua seutas software (kata ajib software dipanggil seutas) waktu solat yang bagi aku best, bagi orang lain tak tahulah. Software ini juga memberitahu arah kiblat bagi lokasi yang telah kita tentukan.


Tetingkap utama apabila membuka software Salaat Time

Antara kelebihan bagi aku mengenai software ini adalah software ini tidak ada ads atau iklan-iklan yang mungkin akan menyerabutkan kepala otak sehingga pecah. Apabila selesai diinstall, kita dapat melihat beberapa buah jam yang menunjukkan waktu solat dan juga arah kiblat serta gambar-gambar menarik yang akan bertukar setiap kali kita mengubah sesuatu untuk software ini. Software ini juga menyediakan jadual tarikh dalam kalendar Hijrah bagi setiap bulan dalam kalendar Gregori atau kalendar Masehi. Peristiwa-peristiwa penting dalam Islam juga dipaparkan dalam kalendar itu.


Boleh menjana jadual solat, bukan diambil dari laman rasmi JAKIM.

Apabila masuknya waktu solat, kita dapat mendengar azan berkumandang di pc kita. Tambahan azan boleh didonwload menerusi link di bawah. Balloon juga akan keluar menandakan masuknya waktu solat. Software ini telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa bagi memudahkan pengguna menggunakan software ini dengan mudah. Aku sediakan link untuk mendownload terjemahan Bahasa Melayu sahaja. Akhir sekali, software ini best bagi aku.


Keluar notifikasi apabila masuk waktu solat.

P.S : Tak guna juga ada software waktu solat tapi tidak menunaikan solat pun :P

Download

Laman rasmi Salaat Time
Terjemahan Bahasa Melayu (klik pada Option dan pilih Language. Klik pada Others.. dan pilih bahasa melayu dalam fail di mana anda menyimpannya)
Previous
Next Post »
0 Komen