Restart

Apa itu restart? Restart adalah 1 perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermula dengan huruf R dan diakhiri dengan huruf T. Kenapa mesti restart? Restart adalah berguna kepada sesiapa sahaja tidak kira orang itu power tahap cipan dalam bidang IT ke komputer ke malah orang tua pun mesti tahu apa itu restart.

Apa kegunaan restart? Bagi manusia yang tahu dalam bidang pengkomputeran walaupun manusia itu tahu hanya serba sedikit sahaja, mereka akan menyatakan bahawa restart berguna untuk mengubah kembali sistem operasi kepada yang asal iaitu sebelum kita berbuat sesuatu kepada sistem operasi kita (mnde ak ckp ni). Restart juga akan digunakan apabila sistem operasi selesai menginstall update pada komputer kita. Kita kerap kali akan menerima mesej supaya komputer direstart untuk menyelesaikan update tersebut (tak tension ke??). Kadang-kadang, software yang macam cipan sikit sahaja menggunakan hard disk juga disuruh kita untuk merestart (lagi tension).

Restart juga digunakan bagi mereka yang ingin menguasai bahasa Inggeris. Contohnya:
Wes : moto aku xleh start maa
Uuuwaisss : yeke, cuba ko restart balik moto ko
Wes : ntam r nk restart apa???
Uuuwaisss : restart r moto ko tu..
Wes : weh ko penah tgk x orang terjun dari bangunan 100 tingkat?
Uuuwaisss : x..
Wes : ko nk rse x?
Dalam perbualan di atas, wes merupakan orang berkata benar kerana apabila motornya tidak boleh direstart, kenapa uuuwaisss menyuruhnya juga untuk merestart motor? Namun begitu, penghargaan diberikan kepada uuuwaisss kerana berusaha untuk speaking walaupun orang lain tak faham.

Restart amat berguna dalam kehidupan seharian kita. Kenapa? Kerana apabila kita bermain game dan kita kalah, mestilah kita hendak restart, kalau tidak kita hanya mendapat malu yang teramat teruk kerana tidak mampu menghabiskan game mario the bros (pe kaitan??). Akhir sekali, marilah kita menggunakan perkataan restart dengan sebaiknya supaya hidup kita tidak berakhir dengan begitu sahaja semata-mata kerana restart.

P.S : Benda alah apa la aku tulis ni.
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

lawak r nas...merapu je die nih..nas cte la psl reen plak...hahaha...(*<*)

Balas
avatar

bosan maa..haha
tp leh digunakan..haha
cter psl reen? err..err..

Balas