Peristiwa Sepanjang Bulan Oktober

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku. Di malam yang berbahagia serta disajikan dengan bunyi kipas kerana aku berada di dalam bilik, maka aku ingin mengimbas kembali peristiwa sepanjang bulan ini. Walaupun bulan Oktober belum habis lagi, tetapi aku fikir semestinya tiada lagi peristiwa yang akan berlaku selepas ini sehingga akhirnya bulan ini kerana aku sudah cuti sebelum melangkah ke alam final exam (perah otak).


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Masuk sahaja bulan ini, kita didengarkan dengan alunan takbir menandakan akhirnya bulan Ramadhan yang mulia dan masuknya bulan Syawal. Selepas habisnya solat terawih, kita digalakkan melaungkan takbir tanda keagungan Allah s.w.t. Aku tak tidur malam itu walaupun aku tahu esoknya hari raya kerana ada banyak benda aku perlu buat dan paling penting menolong mak aku menghias rumah (hehe). Antara benda yang aku buat malam raya :
  1. Menaikkan langsir
  2. Membetulkan siling yang bocor.
  3. Mengecat rumah (last touch-up)
  4. Menjenguk ayahku yang sakit (paling penting..hehe)
  5. Tengok bola (UEFA Champions League : Manchester United-Aab Aalborg)
Apa-apa hal pun, bola teramatlah penting (aku xpernah main bola sejak matrik dulu). Perlawanan antara pasukan yang aku sokong iaitu Manchester United dan juga Aab Aalborg berlnagsung dengan menariknya. Manchester United berjaya mengalahkan Aab Aalborg dengan berapa gol tah.

Pagi pula, aku bangun pukul 6.30 pagi untuk menunaikan solat subuh (awal plak aku bangun..haha). Selepas itu, pada pukul 8 pagi, aku dan adikku pergi ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. Raya pertama aku tidak kemana-mana kerana ayahku yang sakit. Ini adalah raya yang pertama keluargaku tidak pulang ke kampung dan juga ke tanah perkuburan adikku.


Gegar Rumah Shafiee Bin Super

Event pertama aku pada hari raya. Melawat rumah piee (member 1 kursus..hehe) di Bukit Katil, Melaka (ala dekat je pun) pada raya ke berapa tah. Sebelum aku keluar dari rumah, ada 1 perkara yang aku pening. Ayahku hanya keseorangan jika aku pergi. Namun begitu, ayahku berkata dia tidak akan dicuri kerana dia sakit (hehe). Aku bertolak jam 4.00 petang dari rumah dan berhenti seketika di tepi jalan kerana ada orang tidak tahu rumah piee (haha).

Sampai sahaja di rumah piee, aku gegar rumah dia habis-habisan kerana ada manusia yang telah digosipkan dengan beliau (rahsia..haha). Hidangan nasi lemak dan air sirap yang sejuk sekali membuatkan selera aku meluap-luap hingga nak meletup. Aku orang pertama mengambil nasi lemak kerana masing-masing malu-malu dengan piee, maklumlah piee seorang yang hensem dan bergaya. Namun begitu, aku cepat sahaja kekeyangan kerana banyak minum air sebelum nasi lemak dihidangkan (tu la sape suroh minum air dulu). Aku pulang ke rumah dengan gembiranya jam 6 petang.


Posing sikit di rumah piee.


Gegar Rumah Pn. Syikin (lecturer BENT course aku)

Raya kali ini amat special kerana buat pertama kali dalam hidup aku, aku akan berkunjung ke rumah seorang lecturer. Rumah Pn. Syikin yang terletak di Taman Saujana di Bukit Katil, Melaka pada raya ke berapa tah (dekat je ngn umah bpk sedara aku..hehe). Aku bertolak sekali dengan syaznan, peja, azmi dan syukor. Namun begitu, masing-masing tidak tahu di mana rumah Pn. Syikin. Cari punya cari akhirnya kami bermesyuarat untuk bertanyakan piee (padahal dah ada depan umah dah). Pn. Syikin keluar dan memanggil kami semua untuk masuk ke rumahnya.

Aku tidak berani untuk menggegar habis-habisan kerana ada suami beliau (hehe). Hidangan satay free, mihun sup dan nasi himpit menjadi rebutan kepada semua orang yang ada. Aku pulang sekali lagi dengan gembiranya pada pukul 4 ptg kerana Pn. Syikin ingin menghadiri rumah terbuka orang lain.


Posing sikit di rumah Pn. Syikin.


Gegar Rumah Syukor
Selepas 2 rumah kugegar, kali ini aku gegar rumah syukor pula. Rumah beliau terletak di Kampung Bachang, Melaka (dekat je pun) pada raya ke berapa tah. Pada masa yang sama pula, rumah aku membuat rumah terbuka khas untuk pekerja-pekerja kilang tempat mak aku kerja. Aku bertolak dari rumah pukul 1 petang dan sampai di rumah syukor pada pukul 2 ptg (padahal dekat je pun).

Sampai di rumah syukor, aku dihidangkan dengan hidangan buffet (wauuu!!!). Ada nasi minyak, nasi himpit dan lauk sambal udang (feveret aku), rendang ayam dan lauk pe lagi tah. Oleh kerana hanya aku, azmi dan ajib sahaja yang sampai awal, maka aku menambah nasi sebanyak 3 kali (haha) kerana pada hari itu memang aku berasa lapar yang teramat. Aku tidak mampu untuk menggegar kerana ayah dan ibu syukor ada di situ (xpe2 tunggu tahun depan..haha). Aku pulang dengan gembiranya pada pukul 3 ptg.


Makan sikit di rumah Syukor.


Update Blog
Aku sekali lagi mengubah struktur blog aku dengan menambah pilihan background. Kepada pengunjung blog aku bolehlah klik pada mana-mana gambar yang disukai pada link di atas. Aku juga telah menambahbaik struktur kod HTML yang agak bersepah. Aku telah membuang gambar pc pada header blog aku yang aku rasa terlalu buruk (haha). dan juga gambar pada footer. Terima kasih kepada codebelly.com dan template emire kerana memberi aku idea untuk menghias blog aku.


Akhir sekali
Terima kasih juga kepada semua yang telah menjemput aku ke rumah terbuka. Tahun ini aku tidak dapat membuat rumah terbuka kerana keadaan ayahku yang sakit ditambah pula kesebukkan mak aku bekerja. Mungkin kalau ada peluang tahun depan aku akan membuat rumah terbuka pula.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

nama bapak pie mmg super ke? huahuahua..

Balas
avatar

a'ah maa..mmg nme bpk dia super..
nme jln nk g umah dia amik nme bpk dia gk..(piee ckp kt ak cmtu)haha

Balas
avatar

umah piee dah..umah pn syikin dah...umah syukor pon dah..
umah KO bile lagi haaa?????yaa...mari kita gegar umah nasri...

Balas
avatar

ya mari kita gegar umah nasri..
raya dh abs so xjd nk gegar...

Balas