One Piece 375

Dalam sambungan One Piece anime kali ini, menceritakan perihal bayang-bayang yang telah ditangkap oleh Moria. Setelah Moria dikalahkan oleh Luffy dan krewnya, bayang-bayang telah dibebaskan dan kembali ke pemilik asalnya.


Bayang-bayang telah dibebaskan setelah Moria dikalahkan.

Printscreen di atas menunjukkan bayang-bayang yang telah dilepaskan setelah Moria dikalahkan. Semua orang yang berada di Thriller Bark juga terselamat daripada ancaman sinaran Matahari yang menyebabkan badan mereka akan hilang jika tiada bayang-bayang. Namun begitu, Luffy masih lagi tidak sedar kerana dia menggunakan kuasa getahnya yang terlalu banyak semasa berlawan dengan Moria.


Luffy masih tidak sedar.

Dengan menggunakan Third Gear, Luffy berjaya mengalahkan Moria namun dia tidak dapat menyedarkan diri kerana terlalu banyak tenaga yang telah digunakan. Mereka yang berada di Thriller Bark tidak dapat bersuka ria semula kerana kemunculan satu lagi "Seven Warlord of the Sea" iaitu Kuma. Kuma juga mempunyai kuasa "devil fruit" seperti Moria namun kuasanya teramatlah kuat.


Kuma yang teramatlah tinggi, lagi tinggi daripada Moria.

Kuma mempunyai kuasa seperti "Paw Paw Ability" iaitu mempunyai tangan yang seakan anjing. Kuma telah diarahkan oleh World Government untuk memusnahkan mereka yang berada di Thriller Bark termasuklah Luffy dan krewnya. Dalam episod ini juga, World Government memberitahu Kuma bahawa mereka telah menggantikan "Seven Warlord of the Sea" yang telah ditinggalkan oleh Crocodile.


Dengan hanya menggunakan tapak tangan, Kuma membunuh orang yang menyerangnya.

Dengan kuasa yang diperoleh Kuma, ia mampu melenyapkan seseorang dengan menggunakan tangan sahaja seperti yang telah diceritakan Nami dalam episod ini. Episod akan datang, Kuma akan berlawan dengan Zoro.
Previous
Next Post »
0 Komen