One Piece 374

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru sahaja saya mengepos pos pertama saya datang pula yang kedua. Kali ini saya hendak menceritakan perihal anime One Piece episod 374 yang baru saya download tadi. Ceritanya agak best kerana inilah detik-detik jatuhnya seekor lagi makhluk yang dikenali sebagai "Seven Warlord of the Sea". Luffy dan krewnya berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan makhluk ini kerana dengan cara inilah mereka serta mangsa-mangsa makhluk itu mendapatkan balik bayang-bayang yang telah diambil oleh makhluk ini.


Makhluk itu menggunakan kuasa seperti mana yang pernah digunakan oleh Luffy semasa mengalahkan zombie Odz iaitu kuasa menyerap semua bayang-bayang yang ada. Dalam episod sebelum ini, makhluk itu memberitahu bahawa dia telah menyerap hampir 1000 bayang-bayang. Luffy hanya mampu menyerap sebanyak 100 bayang-bayang sahaja. Memang berkuasalah makhluk itu tetapi Luffy dan krewnya berjaya menewaskan makhluk itu sekali lagi.


Dalam episod ini juga, Luffy telah berlawan habis-habisan dengan Moria kerana jika Moria tidak dikalahkan, krewnya akan mati kerana tiada bayang-bayang. Tambahan pula, kabus yang semakin menipis di Thriller Bark akan memudahkan sinaran Matahari menembusinya dan menyebabkan sesiapa yang tiada bayang-bayang akan mati.


Luffy sekali lagi menggunakan Third Gear untuk berlawan dengan Moria. Kali terakhir dia menggunakan kuasa tersebut ialah semasa berlawan dengan Rob Lucci di Enies Lobby yang menyaksikan dia tidak dapat menggerakkan badannya setelah menggunakan kuasa itu. Episod akan datang, Moria berjaya dikalahkan dan bayang-bayang telah dibebaskan. Namun ada seseorang yang tanpa diduga datang ke Thriller Bark. Siapakah dia? One Piece 375 akan datang.
Previous
Next Post »
1 Komen
avatar

lyn cter ni smbil mkn nasi goreng..haha

Balas