McAfee SiteAdvisor

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua manusia yang tengok blog saya. Pada malam yang berbahagia dan sungguh indah ini, sukacita saya memperkenalkan kepada sebijik software yang bagi saya best. Software McAfee SiteAdvisor ini adalah salah 1 daripada software antivirus tetapi ia hanya mengesan apabila kita membuka web browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox ataupun lain-lain. Keupayaan software ini adalah :
  1. Mengesan laman-laman web phishing atau dalam kata lain apabila kita membuka sesebuah laman web, berkemungkinan kita akan dibawa ke laman web yang pelik-pelik dan serangan virus mudah berlaku di situ.
  2. Mudah untuk memberitahu kita mengenai keseluruhan laman web sama ada baik untuk dilawati ataupun tidak boleh dilawati.
  3. Kita dapat mengetahui secara mendalam mengenai laman web yang kita lawati seperti link-link yang terdapat di laman web tersebut sama ada selamat untuk diklik atau tidak, software-software yang dimuat turun sama ada terdapat virus atau tidak dan e-mail yang dihantar kepada kita jika kita mendaftar sama ada dari jenis spam atau tidak.
  4. Software ini akan memberitahu kita mengenai keselamatan laman-laman web yang disenaraikan menerusi laman web yang menawarkan perkhidmatan search engine seperti Yahoo! dan Google.
Antara kelebihan software ini adalah software ini merupakan dedikasi kepada pengguna laman web di seluruh dunia kerana pengguna laman web boleh melaporkan kepada syarikat McAfee iaitu syarikat yang membangunkan software ini mengenai laman-laman web yang belum dianalisis. Pada keseluruhannya, ia mampu melindungi kita daripada ancaman virus yang disebarkan menerusi laman web dan e-mail.


McAfee SiteAdvisor di Internet Explorer


McAfee SiteAdvisor di Mozilla Firefox


McAfee SiteAdvisor di dalam search engine


McAfee SiteAdvisor mengesan laman web yang berpotensi memberi ancaman virus

Download
McAfee SiteAdvisor (Internet Explorer)
McAfee SiteAdvisor (Mozilla Firefox)
Previous
Next Post »
0 Komen