Blog pertama

Di bawah ni merupakan pos pertama aku sebaik saja blog ni up ke dalam dunia Internet yang penuh berselirat. Bila aku baca balik, rasa macam pelik pun ada..haha. Nasihat aku, jangan meneruskan pembacaan kau untuk pos ini, walaupun aku tahu rakyat marhaen pasti akan baca. Gambar-gambar di bawah ni aku baru letak sebab yang lama dah hilang dari dunia Internet.
------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Bersyukur kita ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya mempunyai blog sendiri. Setelah beberapa hari atau bulan mahupun tahun saya hanyalah menjadi pembaca blog orang tetapi kini saya telah menjadi seorang blogger dan berjaya mereka 1 blog yang tidak seberapa ini. Terima kasih kepada Blogger Template kerana menyediakan template yang boleh saya gunakan dalam blog saya.
Saya juga mereka blog sendiri sempena hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 20 pada 14 Oktober 2008. Sudah 20 tahun saya berada di Bumi ini dan tentunya banyak kenangan yang saya tidak boleh lupakan dari mula saya lahir hinggalah sekarang (aku tau ke time aku lahir apa yang berlaku). Ada orang cakap umur 21 tahun baru bebas, bebas dari tanggungjawab ibu bapa, bebas dari segi undang-undang. Saya hanya mampu mendengar sahaja (ada la orang terasa bila baca blog aku ni).
Sumber : Blogabove.com

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini tidak kira walaupun dimana anda berada. Kepada sesiapa yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya, saya mengucapkan selamat menyambut hari lahir dan semoga menjadi seorang manusia yang berguna tidak kira kepada keluarga, masyarakat, negara dan juga agama.

P.S : Perghh skiima gile blog aku.
First
2 Komen
avatar

huiyoooooooo...
1st post from nasri,,,
sungguh skema ayt kamu...
nas,,reen link blog nas ekh..

neway,,camat hri jdi yg ke 20..
trime la hakikat nas dh tua..
tua dri reen yg stil cute n cumil nih..
wakaka...

Balas
avatar

ha skema..haha
link r cik reen..
tp nas xwt link blog org len..
under construction lg..hehe

nas lg mude la..
bru 20 tahun..haha

Balas